Realtime website trackingweb stats

Ada jual seringgit satu sekarang, padahal bukan susah pun nak buat tepung bungkus sendiri, cuba cara ni

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang kuih tradisional tepung bungkus? Pada zaman dahulu, tepung bungkus bukanlah satu perkara yang asing kerana ia merupakan antara kuih tradisional yang popular dan mudah untuk disediakan.

Namun, kini, tepung bungkus semakin jarang ditemui di pasaran. Jika anda merindui kehadiran tepung bungkus yang kaya dengan nilai tradisional, mengapa tidak mencuba membuatnya sendiri melalui resepi yang dikongsi oleh Puan Faezah Ab Wahab di bawah ini.

Ada-jual-seringgit-satu-sekarang,-padahal-bukan-susah-pun-nak-buat-tepung-bungkus-sendiri,-cuba-cara-ni 01

Jika anda menganggapnya sebagai satu tugas yang sukar, sebenarnya tidak begitu. Mari kita cuba!

Tepung bungkus di petang hari. Terima kasih kepada pencipta resepi, ia sungguh lazat!

RESEPI DI BAWAH
Bahan dan langkah-langkah penyediaan tepung:

3 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu gula
Sedikit garam
Masakkan atas api perlahan sambil dikacau sehingga pekat.
Kemudian, matikan api.

Bahan dan langkah-langkah penyediaan inti:

1/2 biji kelapa muda
1 ketul gula melaka
1 cawan air
Daun pandan
Kacau atas api hingga kering.
Tambahkan sedikit tepung untuk memastikan kelapa kekal lembap.
Tambahkan gula putih jika kurang manis.
Setelah dimasak, bulatkan inti kecil untuk dijadikan inti kuih.
Campuran tepung dan inti:
Bungkuskan inti dengan adunan tepung yang telah disediakan.
Kukuskan dengan api sederhana selama 15 minit.
Selamat mencuba!

 

Baca :

‘Tuhan bersama bayi itu’ – Orang Barat baru mengaku Tuhan wujud selepas ‘bayi puting beliung’ ini selamat 

‘Ustaz cakap senang sebab semua dah ada’ – Jemaah masjid dedah 4 jenis harta ustaz dah ada 

‘Tampal hari ni, esok berlubang besar balik’ – Heboh daerah ini banyak betul jalan tagih nyawa