Seorang lelaki yang acah bertanyakan harga tembikai ketika musim panas membahang di Kedah pada masa ini menyebabkan orang ramai pula panas hati dibuatnya.
Perbuatannya mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini kerana dilihat sengaja mempermain ajaran Islam berkenaan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan.
Gara-gara rakaman video yang tular sambil memegang bungkusan air sirap ikat tepi itu, dia dikecam lantaran dianggap mempersenda kemuliaan Ramadan.
Orang ramai menyifatkan tindakan individu berkenaan melampaui batas ketika heboh orang bukan Muslim mempersenda kalimah Allah.
Dia pula sebagai orang Islam sendiri mempersenda ibadah puasa yang merupakan rukun wajib dalam agama.
“Dengan bangga nak habaq kata dia tak puasa. Puiii!
“Semoga diperludahkan urusan.
“Bangga dengan maksiat yang dia lakukan di bulan Ramadan, bulan mulia. MasyaAllah.
“Yang abang dok rakam video tu, tak puasa ka!? Nampak dok pegang dan minum dah air sirap tu. Cuba check betul-betul video tu cara dia pegang air.
“Hormat bulan puasa. Kalau kata hang tak puasa pun, jangan dok tayang ayaq hang kat orang.
“Saya panas hatilah bulan Ramadan dipersendakan macam ni.
“Sebelum post mesti depa gelak ni. Dah post, alamak kena kecam berjemaah pulak… menyesai tak sudah,” demikian kata warga maya.
Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikel Bayan Linnad Siri ke-255 bertajuk ‘Kebebasan melampau dalam berjenaka’ mengingatkan tentang larangan berjenaka sehingga mempersendakan dan menjadikan agama sebagai bahan gurauan.
Firman Allah SWT:
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ
Maksudnya: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).”
Surah al-An’am (70)
Baca:
Terbeli makanan basi di bazar, pengadu buat aduan ke JKNJ
Patutlah penjawat awam tidak dapat bonus Aidilfitri, rupanya…
Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh