Melalui perkongsian di Instagram (IG), Abby Abadi memuat naik momen semasa sesi penggambaran untuk sebuah jenama pakaian bersama model Era Sazeli.
Apa yang menarik perhatian adalah, pelakon terkenal dari siri drama ‘Gerak Khas’ ini berpendapat wajah Era seakan mirip dengan wajah anak perempuannya, Marissa.
Di akhir video, Abby kelihatan memeluk Era sambil meluahkan betapa dia merindui anak perempuannya itu.
“Ahamdulillah. Selesai sesi penggambaran hari ini. Tinggal beberapa helai baju lagi, baru saya perasan wajah adik ini mirip anak saya.
Terakhir (saya) peluk sebab tiba-tiba datang rindu. Ya, hanya rindu?”
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sedih dan sebak membaca luahan rindu Abby terhadap Marissa.
Sebelum ini, Marissa dilaporkan telah melahirkan anak secara pra-matang namun bayi tersebut tidak bertahan lama dan meninggal dunia selepas dilahirkan.
Berita tersebut mendapat perhatian apabila Abby menyatakan dia sama sekali tidak mengetahui tentang kematian cucu sulungnya itu. Abby juga mendakwa tidak menerima sebarang maklumat dari Marissa mengenai perkara tersebut.
BACA: ‘Bolehkah jimak dalam kereta’ Dr Maza terpaksa betulkan kopiah sebelum beri jawapan