Realtime website trackingweb stats

Abang Jofliam akhirnya tampil jawab tuduhan ‘busy body’ rumah tangga adik

Oleh AHMAD ISMAIL

Abang kepada pempengaruh dan usahawan Jofliam, Syah Jofli, tampil memberikan penjelasan

Bagi pihak keluarganya mengenai situasi yang mengaibkan sejak kebelakangan ini.

Menurut Syah, seluruh ahli keluarga tidak mencampuri urusan peribadi antara Jofliam dan isterinya, Cik Epal.

Sebagai abang, Syah berkata dia hanya memberi teguran secara baik kepada adiknya

agar tidak memuat naik Instagram Story bersama wanita lain yang merupakan isteri orang.

Abang Jofliam akhirnya tampil jawab tuduhan 'busy body' rumah tangga adik

“Saya mula campur apabila melihat posting kemesraan di Insta Story yang boleh mengundang fitnah

Dan memburukkan nama keluarga. Wanita itu masih berstatus isteri dan lelaki tersebut masih dalam proses mahkamah.

Sebagai abang, saya telah menegur secara baik untuk tidak memuat naik cerita tersebut. Ia boleh mengundang fitnah, tetapi justifikasi yang diberikan tidak dapat diterima oleh mereka yang mempunyai pendidikan agama.”

Screenshot yang diberikan menunjukkan bahawa adiknya, iaitu kakaknya, diugut dengan mengatakan keluarganya biadab dalam menegur. Segalanya telah diusahakan dari awal untuk menegur secara baik, tetapi dibalas dengan ucapan yang pada pandangannya tidak beradab dari seorang adik kepada abang.

Syah menambah, apa yang berlaku sepatutnya dibincangkan dalam keluarga dan bukannya untuk dikongsi di media sosial.

“Tetapi dengan angkuh dia menyatakan hendak bercerita di media sosial untuk menunjukkan ketidakadilan bagi pihak lelaki. Jadi, semua orang sudah membaca dan cerita pun telah terdedah dengan sendirinya.”

Berbicara lebih lanjut, Syah memberi nasihat kepada Jofliam agar kembali ke pangkuan keluarga. “Keluarga mana yang tidak sayangkan adik, abang, dan anak sendiri?

Tidak berbaloi untuk memperdagangkan seorang perempuan yang bagi saya amat biadab dan berstatus isteri orang di media sosial. Status dia hanyalah skandal yang tiada tempat dalam keluarga.”

Di akhir perkongsian, Syah turut mengucapkan tahniah kepada adiknya kerana berjaya meraih gelaran Top 100 Best Pizza Chef di dunia.

“Keluarga tidak pernah iri dan berbangga atas pencapaian peribadi. Namun bagi saya, kejayaan ini sepatutnya dikongsi bersama orang yang tersayang yang menyokong dari tiada apa-apa hingga menjadi seseorang. Bukan dengan orang luar.”

BACA: 6 tips mudah raih rezeki, nombor 4 paling mudah tapi susah orang nak buat