Realtime website trackingweb stats

Abang dulu dalam beg lampin, adiknya pula di tandas hospital, buat ujian DNA baru tahu rupanya adik-beradik

Oleh ADINDA

Abang dulu dalam beg lampin, adiknya pula di tandas hospital, buat ujian DNA baru tahu rupanya adik-beradik.

Seorang remaja perempuan terkejut selepas mendapat tahu abang angkatnya merupakan abang kandung sendiri selepas adik-beradik itu diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang sama.

Dennis dan Angela Laffin dari New York mengambil Frank, 20, sebagai anak angkat ketika masih bayi selepas menjumpainya di dalam beg lampin.

Dua tahun kemudian, Vicky pula diambil sebagai anak angkat oleh pasangan berkenaan selepas ditinggalkan di bilik air di sebuah hospital di Pulau Staten.

The Washington Post melaporkan adik-beradik itu hanya mengetahui mempunyai kaitan biologi setelah mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mendapat tahu lebih lanjut mengenai etnik mereka.

Abang dulu dalam beg lampin, adiknya pula di tandas hospital, buat ujian DNA baru tahu rupanya adik-beradik.Seorang remaja perempuan terkejut selepas mendapat tahu abang angkatnya merupakan abang kandung sendiri selepas adik-beradik itu diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang sama.Dennis dan Angela Laffin dari New York mengambil Frank, 20, sebagai anak angkat ketika masih bayi selepas menjumpainya di dalam beg lampin.

“Maklumat itu sangat mengejutkan, saya tidak menjangkakan Frank yang bersama saya selama ini sebenarnya merupakan abang kandung saya,” kata Vicky.

Adik-beradik angkat itu membesar bersama dengan anak kandung Laffin iaitu Nick yang dilahirkan pada tahun 1995.

Sementara itu, Vicky dan Frank memaklumkan zaman kanak-kanak mereka amat menyeronokkan.

Abang dulu dalam beg lampin, adiknya pula di tandas hospital, buat ujian DNA baru tahu rupanya adik-beradik.Seorang remaja perempuan terkejut selepas mendapat tahu abang angkatnya merupakan abang kandung sendiri selepas adik-beradik itu diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang sama.Dennis dan Angela Laffin dari New York mengambil Frank, 20, sebagai anak angkat ketika masih bayi selepas menjumpainya di dalam beg lampin.

Namun, jelas adik-beradik itu, mereka tidak mengetahui identiti sebenar sehingga remaja.

Dilaporkan, hasil kesepadanan profil DNA kedua-dua beradik itu sama antara 49 hingga 56 peratus.

Baca:

Lepas menang, Menu Sanusi dijual RM1, kalah menu Rahmah

5 roller coaster paling ‘mengerikan’ di dunia, sudahlah tinggi, jatuh menjunam pulak tu

India berjaya daratkan kapal angkasa di bulan, banyak benda nak dirakam