Realtime website trackingweb stats

‘Abam’ bomba tular bukan kerana menyelamat tapi komen aib

Oleh AHMAD ISMAIL

Bukan kerana menyelamat sebaliknya seorang ‘abam’ bomba tular di media sosial selepas memuat naik komen aib di Facebook.

Malah, dia yang menggunakan nama akaun Facebook, Din Den Oden juga dilihat secara terbuka mempersoal pengampunan diraja sambil menggunakan bahasa kesat.

“Pengampunan dirajalah, apalah. B*t** punya walanon banyak bunyi tapi bodoh,” katanya.

Tangkap layar komentar ekstremnya itu tersebar sehingga warganet menyelongkar identiti individu berkenaan.

Rupa-rupanya dia berasal dari Tanjong Malim dan merupakan bapa kepada dua anak.

Sehubungan itu, ramai menasihatkan agar masyarakat lebih-lebih lagi penjawat awam dan anggota beruniform tidak keterlaluan sungguh pun menyokong pembangkang.

Kebencian mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu tidak berlebihan kerana dibimbangi terjebak dalam kesalahan qazaf.

'Abam' bomba tular bukan kerana menyelamat tapi komen aib

“Qazaf ni hukum khas, tak boleh panjangkan walaupun ada kes mahkamah. Ikut hukum yang tuduh, yang memanjangkan tuduhan tetap kena bawa empat saksi yang melihat. Jika tidak jadi qazaf.

“Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan diri dari komen isu ini. Jangan galak sangat sampaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong buat pengampunan penuh pun nak pertikai,” nasihat pengguna Facebook, Muhammad Fairul Al Qasas.

Kelmarin, seorang sukarelawan polis wanita di Mersing yang berusia 39 tahun itu ditahan kerana memuat naik komen di Facebook dengan niat mengaibkan secara keterlaluan.

Pemilik akaun ‘Ieyda Ibrahim’ itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh disabit hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Suspek turut disiasat mengikut peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Baca:

Pasangan bercerai gara-gara cemburu beli iPhone 15 Pro Max, siap ugut saman isteri sendiri

Baru berjinak dengan sukan basikal? Ini 12 perkara anda wajib tahu supaya tidak tertipu

Dusun Musang King dikunjungi selebriti rupanya ceroboh hutan simpan, boleh pula bina rumah rehat