Realtime website trackingweb stats

Obses kumpul kasut wanita sampai kena tangkap, lelaki ini paling suka kasut dipakai jururawat

Oleh ADINDA

Obses kumpul kasut wanita sampai kena tangkap, lelaki ini paling suka kasut dipakai jururawat. Dua kali ditangkap kerana mencuri kasut wanita dalam tempoh tujuh tahun.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki Jepun yang ditahan kerana mencuri kasut wanita terpakai.

Oddity Central melaporkan, kali pertama, lelaki berusia 47 tahun itu mencuri 200 pasang kasut manakala untuk kali kedua, dia berjaya mencuri 147 pasang.

Dalam serbuan 10 Jun lalu, polis di Murakami menemukan kasut jururawat, tumit tinggi dan sandal yang luar biasa yang disusun kemas di atas kain berwarna biru.

Ia ditemui dalam simpanan Tsunehito Isobe, seorang yang diketahui mempunyai minat aneh terhadap kasut terpakai wanita .

Dia sebelum ini pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama, tujuh tahun lalu.

Lelaki itu mungkin dapat menambah koleksi kasut sedia ada namun kelibatnya dirakam kamera litar tertutup ketika menyelinap masuk ke pejabat di Murakami dan mencuri sepasang sandal berharga 500 yen (kira-kira RM19), 2 Mac lalu.

Syarikat itu memasang CCTV selepas berdepan banyak kecurian kasut kebelakangan ini.

Baca:

Rezeki warga emas dapat RM300, rupanya ini alasan dia cuba jual telefon

Lelaki tua ini terbunuh, roket menjunam ke bumi, geng teori bumi rata wajib insaf

Tubuh kebas dan pekak beberapa hari, makanan ini punca YouTuber serik menanggung seksa