Lelaki ratah daging mentah lebih 2 bulan, rupanya dia ada alasan mahu jadi karnivor. Seorang lelaki dilaporkan menguji tahap kesukaannya terhadap daging dengan memakan hidangan daging mentah pada setiap hari.
Lelaki karnivor itu setakat ini berjaya memakan makanan mentah kesukaannya itu selama 78 hari termasuk dada ayam, stik, ikan todak dan dia nampaknya tidak mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk.
Usahanya dimuat naik ke akaun Instagram bernama @rawmeatexperiment. Lelaki itu turut berkongsi diet hariannya dengan peminat.
Lelaki tersebut akan menyaluti makanannya dengan telur mentah atau susu haiwan sebelum memakannya.
Menerusi satu hantaran terawalnya, lelaki yang tidak disebutkan namanya dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) itu dilihat menggigit daging stiknya sementara disaksikan dengan lapar oleh anjingnya.
Lelaki itu bahkan pernah memakan hati lembu dan susu unta yang mentah.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia menceritakan bahawa pernah mengalami masalah kesihatan setelah mengamalkan diet berasaskan tumbuhan lalu beralih kepada daging.