Cuba mekap rupa Zizan Razak, semangat Kak Za dipuji walau ada yang ketawa lihat hasilnya.
Cubaan seorang jurusolek dikenal sebagai Kak Za menatarias wajahnya menyerupai pelawak dan pelakon, Zizan Razak nampaknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menyindir hasil solekannya, termasuk mengganggap Zizan mungkin ‘menangis’ melihat ‘kembarnya’.
Dalam masa sama, ramai juga yang memuji usaha dan semangat wanita berkenaan dalam bermain ton warna.
Walau bagaimanapun, TikTokers, Make up by Zaross mengakui sukar sebenarnya untuk menghasilkan rupa aktor filem Polis Evo 3 itu pada wajahnya.
Beliau bahkan menanda Zizan @zizanrazak869 dalam tutorial mekap itu dengan menulis, “maafkan saya tak bersalah😭😭😭, dorang suruh saya buat muka awak🤣🤣.”
Klip video mengenai proses solekan Kak Za tular di media sosial apabila mendapat lebih 36,000 tanda suka serta kira-kira 1,000 komentar hanya dalam tempoh sehari dikongsikan di TikTok.
“Ada juga iras tu. Ingat senang ke nak mekap begini. Aku penah buat, susah sangat. Tahniah kak.
“Nak dapat sama tu memang susah tapi masih ada iras-iras sikit pun dah okay.
“Ada gaya Zizan sikit. Kipidap terus ke depan,” demikian antara kata-kata semangat daripada orang ramai memberi motivasi kepada Kak Za.