Realtime website trackingweb stats

Ramai dah tahu bekas pakwe menghilang ke mana, kilang buat sosej babi buat netizen terhibur

Oleh ADINDA

Ramai dah tahu bekas pakwe menghilang ke mana, kilang buat sosej babi buat netizen terhibur.

Luar biasa imaginasi sesetengah orang terutamanya wanita. Lihat sosej babi diproses di kilang pun boleh dikaitkan dengan bekas kekasih.

Barangkali pengalaman semasa bercinta lalu menyakitkan hati mereka sehingga putus di tengah jalan lantas menyamakan bekas kekasih dengan babi.

Aku dah tahu dah mane pakwe aku pergi. Terima kasih tau menyenangkan aku😂😂😂”

Itu antara reaksi pengguna TikTok terhadap perkongsian klip video yang menunjukkan sebahagian proses menghasilkan sosej daripada babi.

Ramai dah tahu bekas pakwe menghilang ke mana, kilang buat sosej babi buat netizen terhibur. Luar biasa imaginasi sesetengah orang terutamanya wanita. Lihat sosej babi diproses di kilang pun boleh dikaitkan dengan bekas kekasih.

Komentarnya dilihat sekadar berjenaka ditambah dengan emoticon ketawa di hujung ayat itu tetapi boleh pula ada segelintir lelaki yang nampaknya ‘koyak’.

“Kesiannya awak. Cantik-cantik kapel dengan 🐖,” balas seorang netizen dari kaum Adam.

Sedutan rakaman video itu yang meraih kira-kira 90,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen itu juga didahului dengan paparan keadaan seekor babi yang dianggap comel tersenyum.

Babi itu dilihat tersenyum sejurus tubuhnya dipegang dan diangkat dengan satu alat berjejari empat sebelum dilepaskan lalu jatuh untuk ke proses seterusnya.

Dalam masa sama, ada juga warganet yang menimbulkan persoalan sama ada sosej daripada babi itu wujud di Malaysia.

Namun, ada yang memaklumkan pembuatan sosej babi itu hanya terdapat di luar negara.

Baca:

Harap orang lain tidak alami nasib sama Dea Maisarah, bapa ini mahu kebenaran dibongkar

Selepas lebih 50 laporan polis, MB ‘cukup inci’ bakal didakwa di mahkamah hari ini

Amaran Veterinar: Hati-hati dengan bekalan ayam kawasan ini diternak bersama babi