[fusion_builder_container type=”flex” hundred_percent=”no” equal_height_columns=”no” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” background_position=”center center” background_repeat=”no-repeat” fade=”no” background_parallax=”none” parallax_speed=”0.3″ video_aspect_ratio=”16:9″ video_loop=”yes” video_mute=”yes” border_style=”solid”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_color=”” border_style=”solid” border_position=”all” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding_top=”” padding_right=”” padding_bottom=”” padding_left=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” center_content=”no” last=”no” min_height=”” hover_type=”none” link=”” border_sizes_top=”” border_sizes_bottom=”” border_sizes_left=”” border_sizes_right=””][fusion_text]
Amaran Veterinar: Hati-hati dengan bekalan ayam kawasan ini diternak bersama babi. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan terdapat sebuah ladang di Seberang Perai yang menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.
Pengesahan itu dibuat selepas satu operasi bersepadu antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan viral berkenaan di ladang terbabit semalam.
Bagaimanapun, DVS mendapati ayam pedaging hidup yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam sahaja, dan tidak melibatkan penjualan ke lokasi lain.
Dalam kenyataan hari ini, DVS memaklumkan, ladang terbabit merupakan ladang babi yang berdaftar dengan DVS, tetapi tidak mempunyai lesen untuk beroperasi kerana tidak mematuhi peraturan di bawah pelesenan yang menetapkan semua ladang babi perlu menaiktaraf kepada sistem kandang tertutup dan zero discharge iaitu tiada sisa kumbahan terlepas ke parit awam.
“Ladang babi ini, jelas telah melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020, iaitu Peraturan 19 (1), yang menyatakan bahawa semua spesies haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi.
“Justeru, notis arahan pengosongan kandang, penutupan dan pemberhentian operasi telah dikeluarkan kepada pemilik ladang untuk mengosongkan ayam pedaging daripada ladang babi dalam tempoh 7 hari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Tambah DVS, satu kompaun di bawah Enakmen Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2016 telah dikeluarkan kepada ladang berkenaan dan sebanyak RM7,500 atau denda RM30,000 atau/dan penjara 3 tahun tertakluk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Untuk memastikan perkara ini tidak berulang, DVS akan memeriksa semua ladang babi bagi memastikan tiada spesies haiwan dan unggas diternak secara komersial di semua ladang babi.
DVS turut mengeluarkan surat peringatan kepada semua ladang babi agar mematuhi peraturan pelesenan ternakan babi.
Dalam pada itu, DVS memohon agar video tersebut dihentikan penularannya bagi mengelakkan kerisauan dalam kalangan orang awam.
Baca:
Orang berbudi, jangan tak reti bahasa, akibat tak jawab salam dah kena setepek
Rimas dikacau panggilan si penipu, cara baru ini boleh buat telinga scammer ‘bernanah’ setahun
Pekerja tapak terkejut terjumpa binatang gergasi melingkar, saiz dah macam zaman dinasor
[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]