Orang berbudi, jangan tak reti bahasa, akibat tak jawab salam dah kena setepek. Kata orang, budi bahasa dan adab tidak boleh dijual beli. Tapi apa akan jadi kalau satu pihak berbudi, satu pihak lagi boleh pula selamba tak reti bahasa?
TikTokers madansuzali memuatnaik lakonan parodinya mengimbas mungkin pengalamannya sendiri semasa di bangku sekolah menengah.
Dalam klip video itu, seorang junior yang sebelum itu dilihat sedang menulis pada sebuah buku kemudiannya memberi salam kepada seorang pelajar Tingkatan 5.
Namun, jangankan kata senior itu nak jawab salam. Malah, dijelingkannya lagi ada.
Tanpa disangka junior yang mulanya sopan santun tadi secara spontan menghempuk muka senior itu dengan bukunya! Padan muka si senior pun, dah kena setepek!
Warganet dilihat terhibur dengan aksi lagak ‘ngeri’ itu dengan turut berkongsikan pengalaman masing-masing berdepan situasi sama.
Bahkan, ada yang memberitahu segelintir guru pun begitu juga enggan menjawab soalan tetapi boleh pula dalam perhimpunan ‘bising’ mengapa pelajar tidak hormat dengan memberi salam.
Namun, pendapat lain menyifatkan ada sesetengah orang jawab soalan yang diberi tetapi dengan nada suara perlahan sekaligus tidak didengar si pemberi salam.
“Akak senior aku baik giler. Aku bagi salam, dia jawab sambil senyum.
“Aku bagi salam mana yang kenal je tapi kebanyakan senior yang aku kenal semua baik.
“Tapi aku terbalik. Aku yang bagi salam kat junior 😂😂,” demikian antara komen netizen.