Realtime website trackingweb stats

Rimas dikacau panggilan si penipu, cara baru ini boleh buat telinga scammer ‘bernanah’ setahun

Oleh ADINDA

Rimas dikacau panggilan si penipu, cara baru ini boleh buat telinga scammer ‘bernanah’ setahun

Sudah muncul bermacam modus operandi baharu penipuan secara dalam talian atau scammer. Paling ‘klasik’ tetapi ramai juga yang dilapor masih terperdaya adalah melalui panggilan telefon.

Ada yang terima panggilan bahawa bekalan elektrik di rumah akan dipotong dalam tempoh dua jam.

Banyak juga yang tentunya pernah ‘diusik’ scammer yang menyamar dari pejabat pos kononnya ada barang tidak dituntut.

Adakalanya rimas dan bosan juga dengan panggilan scammer. Boleh saja tamatkan panggilan atau abaikan saja deringan tetapi rasa seperti mahu beri sedikit pengajaran kepada si penipu.

Mungkin perkongsian pemilik akaun TikTok Jay@Reil mengenai cara baru melayan scammer ini boleh anda pula contohi.

Mudah saja caranya tetapi kesannya mungkin boleh buat telinga scammer ‘bernanah’ setahun sekaligus trauma sepanjang hayat.

Rimas dikacau panggilan si penipu, cara baru ini boleh buat telinga scammer 'bernanah' setahun Sudah muncul bermacam modus operandi baharu penipuan secara dalam talian atau scammer. Paling 'klasik' tetapi ramai juga yang dilapor masih terperdaya adalah melalui panggilan telefon.

Menerusi klip video yang dikongsikannya, masukkan saja telefon dalam periuk yang kosong.

Kemudian, tutup periuk dan ketuklah penutup periuk banyak kali dengan sudu besi untuk kesan bunyi yang paling padu.

Rakaman ringkas itu trending dengan setakat ini menerima 46,100 tontonan dan lebih 700 komen.

Tips tersebut nampaknya menarik perhatian warganet dengan rata-ratanya memberitahu akan cuba mempraktikkan cara yang sama bagi ‘mengajar’ scammer.

“Masalahnya, sekarang ni dengan telinga saya sama berdesing dengar bukan scammer je. Hahah.

“Nak cuba jugalah, idea yang sangat bernas.

“Memang padulah! Terus trauma scammer.

“Cubalah guys. Aku dah pernah buat. Memang menjadi. Dah sekarang takde scammer call lagi,” demikian antara komentar netizen.

Dalam masa sama, ada yang turut berkongsikan cara lain seperti tekan hon motor lama-lama dengan telefon dirapatkan. Biar murung si scammer di hujung talian.

Tidak kurang juga, terdapat netizen berkongsikan pengalaman berdepan dengan panggilan scammer yang menggunakan pelbagai taktik.

Antaranya, terdapat kes scammer selamba guna paparan waran tangkap lengkap dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperdayakan mangsa.

Rimas dikacau panggilan si penipu, cara baru ini boleh buat telinga scammer 'bernanah' setahun Sudah muncul bermacam modus operandi baharu penipuan secara dalam talian atau scammer. Paling 'klasik' tetapi ramai juga yang dilapor masih terperdaya adalah melalui panggilan telefon.

Apapun, elak jadi mangsa scammer terutamanya sindiket secara pindahan wang dengan jangan sama sekali dedahkan maklumat peribadi dan bank kepada si pemanggil.

Baca:

Pekerja tapak terkejut terjumpa binatang gergasi melingkar, saiz dah macam zaman dinasor

Awalnya air berkocak, kemudian nenek menjerit, rupanya ada ‘makhluk’ menyerang

Kereta sedang isi petrol terbakar, dah tutup enjin, puncanya benda simple sahaja, kita pun boleh terkena