Wanita terkejut beruk, biasa makan nasi lemak lauk bilis, sekali dihidang lauk cicak. Seorang wanita melalui pengalaman ngeri dan geli ditengah-tengah situasi perut yang sedang kelaparan tetapi dihidangkan dengan nasi lemak berlauk cicak.
Melalui hantaran pengguna TikTok dengan nama @ffaateha, dia berkongsi pengalamannya di sebuah gerai di Taman Tasik Permaisuri melalui klip video berdurasi 17 saat yang kini sudah ditonton lebih daripada 700,000 tontonan.
Dalam hantarannya, dia akui terkejut dan rasa tidak percaya dengan apa yang dialami olehnya, “Peniaga boleh tak jangan pengotor sangat 🤮 ni pengotor tahap apa ni, cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak!!!!” Ujarnya yang ternyata berang dengan peniaga nasi lemak tersebut.
@ffaateha turut menasihati pengguna media sosial agar berhati-hati sebelum makan makanannya yang dibeli sambil menyatakan bahawa dia kini fobia untuk membeli nasi lemak ditepi jalan disebabkan pengalaman ngeri yang dialami olehnya.
Ffaateha turut menyatakan bahawa dia telah memulangkan nasi lemak itu kepada penjualnya.
Di bahagian komen, sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman ngeri mereka membeli nasi lemak, di mana Nurul menyatakan bahawa dia pernah melalui pengalaman selepas selesai makan nasi lemak, dia baru sedar bahawa daun pisang yang digunakan untuk membalut nasi lemak itu masih melekat sisa najis ayam atau burung.
Manakala Mama Leha pula meluahkan rasa kecewanya dengan pengalaman yang dilalui Ffaateha dan mengakui bahawa dia hilang selera makan. Seorang pengguna TikTok pula menyuarakan kebimbangannya untuk membeli nasi lemak di tepi jalan.