Realtime website trackingweb stats

Asyik kena marah punya pasal! Suami sebar gambar bini tengah buang air besar

Oleh ADINDA

Asyik kena marah punya pasal! Suami sebar gambar bini tengah buang air besar. Gara-gara tak tahan asyik dimarahi isteri, seorang suami sanggup bertindak menyiarkan tangkap layar (screen shot) isterinya sedang membuang air besar di laman Facebook miliknya.

Kini suaminya sudah berada dalam tahanan polis bermula Selasa atas perbuatan tidak masuk akal itu.

Ketua Unit Jenayah Khusus Polis Nunukan, Ipda Andre Azmi Azhari mengesahkan terdapat beberapa gambar yang dimuat naik daripada pelbagai sudut seperti depan dan sisi, yang mana semuanya dalam keadaan mencangkung.

Andre berkata, foto itu juga jelas menunjukkan wajah wanita berkenaan hingga menyebabkan rakan-rakannya mengetahui tentang perkara memalukan itu.

“Ramai rakan wanita itu yang bertanya alasan si suami menyiarkan gambar buang air besar tersebut. Disebabkan malu dan tidak boleh menerima keadaan itu, dia melaporkannya kepada polis,” katanya lagi.

Suami yang berasal dari Kalimantan Utara, Indonesia itu kini berada dalam tahanan polis. — Agensi

Bagaimanapun, Andre memberitahu, mangsa pada awalnya tidak mengetahui bahawa suaminya yang telah memuat naik gambar aib berkenaan.

Ujarnya, ia kerana pasangan itu tinggal berjauhan, si suami bekerja di Pulau Sebatik sebagai petani rumpai laut, manakala isterinya tinggal di Mamolok, Nunukan Selatan.

Polis berjaya mengesan lokasi pelaku, ternyata ia datang daripada kawasan tempat tinggal suaminya iaitu di Aji Kuning, Pulau Sebatik.

“Jika kita lihat, gambar itu adalah tangkap layar panggilan video yang dibuat oleh suami isteri. Agak kelakar mereka membuat video call ketika membuang air besar,” katanya.

Daripada maklumat yang diperoleh penyiasat, BM memuat naik gambar tidak senonoh itu kerana bengang dengan sikap isterinya yang suka marah-marah.

Malah, Andre mendedahkan, lelaki itu juga dipercayai berada di bawah pengaruh syabu ketika melakukan perbuatan tersebut.

“Kami fikir dia bertindak di luar kawalan (disebabkan syabu itu) hingga dia sanggup menunjukkan gambar isterinya dalam keadaan begitu di media sosial,” katanya