Ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.
“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja… orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Ahad.
Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna di laman maya berkenaan dengan lebih 11,000 tanda suka diberikan.
View this post on Instagram
Pemilik akaun bernama FiziHassan88 mendakwa bahawa dia cukup mengenali Tan Sri itu.
“Saya kenal Tan Sri ni sebab saya pernah bekerja di hotel miliknya. Saya berhenti dari hotel itu pun sebab, malas nak sebut,” kata FiziHassan88 dalam ruangan komentar hantaran Aliff Syukri itu.
Seorang lagi individu bernama Ezza_Azzaiti dipercayai bekerja di bawah Tan Sri tersebut berkata, ramai dalam kalangan pekerja termasuk dirinya tidak dibayar gaji semenjak pandemik Covid-19 dahulu.
“Saya tidak akan halal dunia dan akhirat duit gaji saya,” ujarnya