Menyayat hati, mayat wanita hanyut dedah punca 10 sekeluarga rupanya maut. 10 sekeluarga dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih.
Kejadian lemas itu menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah, susulan penemuan mayat dipercayai seorang wanita hanyut di sungai di kampung berkenaan.
Penemuan mayat wanita itu dilaporkan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.
Pada masa sama, satu lagi mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan dan dipercayai kedua-dua mangsa yang ditemui lemas dipercayai bersama 8 lagi mangsa lain.
Pihak polis turut menemui sebuah kereta Jenis Proton Gen 2 kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan.
Hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah dan mendapati mangsa telah lemas kesan dari kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih.
Identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti.
Kedua-dua mayat yang ditemui telah dibawa ke Hospital Kemaman.