KJ menangis di konti radio. Ini punca KJ menangis. Segarang-garang muka Khairy Jamaludin itu pun siapa sangka dia mampu mengalirkan air mata. Tangisan yang keluar pula adalah spontan dan bukan lakonan yang dibuat-buat.
Sambutan Hari Bapa semestinya istimewa kerana ianya merupakan hari yang disambut untuk menghargai pengorbanan seorang ayah.
Begitulah yang terjadi apabila Khairy Jamaluddin kelihatan sebak menerima ucapan daripada anak-anak.
Sebak dengan ucapan anak
Menerusi perkongsian di TikTok, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ sebak dengan kejutan rakaman ucapan daripada anak-anaknya.
Apa yang lebih menarik perhatian apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilihat mengalirkan air mata semasa peti suara itu dimainkan.
Dalam video itu, anak-anak KJ sempat berseloroh dalam memberi ucapan buat ayah tercinta.
We love you Papa. Kita kan dah sambut Father’s day semalam. We love you so much Papa.
Knock knock. Who’s there? Huppy. Huppy who? Happy Father’s Day Papa. I love you.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendengar ucapan khas itu. Selain itu, terdapat juga komen yang memuji KJ kerana disifatkan sebagai seorang ayah yang baik walaupun sibuk dengan urusan kerja