Realtime website trackingweb stats

Stesen Minyak Jual Sayur? Pelik atau Luar Biasa?

Oleh ADINDA

Bukan sekadar stesen minyak biasa, Petronas Pendang adalah yang paling unik di Malaysia.

Kita lazimnya mengunjungi stesen minyak untuk mengisi minyak. Jika perlu membeli barangan lain, ia mungkin sekadar makanan, minuman untuk mengalas perut atau menambah nilai kad Touch ‘N’ Go.

Bagaimanapun sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah menarik perhatian warga maya kerana turut menjual barang keperluan dapur seperti sayur-sayuran, rempah ratus, makanan dalam tin serta barangan mentah kering.

 

Video berdurasi 59 saat itu menerima 1.2 juta tontonan dikongsikan pengguna TikTok Siti Nur.

“Petronas Pendang paling unik di Malaysia,” titipnya.

Perkongsian wanita ini yang juga pemilik sebagai stesen minyak tersebut telah mendapat pujian daripada warganet susulan ideanya yang unik dan bijak .

Malah ramai juga yang teruja untuk mengunjunginya kerana ia menjual pelbagai jenis barangan.