Realtime website trackingweb stats

Orang kaya sewa jet peribadi lari dari peningkatan Covid-19 ke luar negara

Oleh ADINDA

Tempahan untuk menyewa jet peribadi melonjak ketika kes jangkitan Covid-19 di Indonesia meledak kebelakangan ini.

CNBC Indonesia melaporkan, menurut Indo Jet yang menawarkan perkhidmatan sewa jet peribadi, selain tujuan domestik, permintaan yang tinggi juga meningkat bagi sektor antarabangsa.

Menurutnya, perkhidmatan disediakan untuk warga asing pulang ke negara asal terutama ketika kes Covid-19 semakin meningkat.

Pengarah PT Indojet Sarana Aviasi, Stefanus Gandi menjelaskan, pertambahan slot penerbangan ketika darurat ini meningkat 25 peratus.

Kos untuk sebuah jet peribadi yang mempunyai 13 tempat duduk dan terbang dari Mumbai ke Dubai adalah antara AS$35,000 (RM143,587) dan AS$38,000 (RM155,895) iaitu 35 kali ganda daripada harga biasa.

Sebelumnya jelasnya beliau, sewa jet peribadi sekitar empat kali sebulan tetapi kini melonjak sehingga lapan penerbangan.

“Bulan depan banyak tempahan untuk ke Australia.

Sebelum ini, dilaporkan komuniti ekspatriat India yang tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga sanggup menyewa jet-jet peribadi untuk membawa keluarga mereka yang sebelum ini ditinggalkan di tanah air ke UAE.

Ini adalah kerana keadaan di India yang kini dilanda dengan gelombang kedua Covid-19 apabila pada minggu lalu lebih 360,000 jangkitan baharu berlaku dan 3,292 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam buat pertama kalinya.