Realtime website trackingweb stats

COVID-19: 114 doktor maut sepanjang Julai ini di Indonesia

Oleh ADINDA

Kematian doktor akibat COVID-19 di Indonesia meningkat dengan tinggi pada separuh pertama bulan ini.

Persatuan Doktor Indonesia (IDI) berkata, seramai 114 doktor meninggal dunia pada 1 hingga 17 Julai.

Angka itu mewakili 20 peratus daripada keseluruhan 545 doktor yang maut akibat wabak itu sejak ia bermula.

Para pekerja menyediakan keranda susulan peningkatan kes kematian akibat wabak COVID-19 di Indonesia. – Foto fail/AP/Trisnadi

Pegawai Kanan IDI, Mahesa Paranadipa berkata, persatuan itu bimbang dengan sistem perubatan yang beroperasi sekarang mungkin tidak dapat bertahan.

Akibat penularan varian Delta yang lebih ganas, Indonesia melaporkan kes jangkitan COVID-19 tinggi berbanding negara lain di seluruh dunia sejak beberapa minggu lepas.

Pakar kesihatan menggelar Indonesia sebagai pusat wabak baharu COVID-19.

Pada Ahad, negara itu melaporkan 44,721 kes dengan 1,093 kematian.

Sumber asal