Sejak semalam tular di media sosial, video seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, dipercayai didera oleh pengasuh yang disyaki juga pengasuh tersebut merupakan seorang ahli politik (kes masih dalam siasatan).
Video: menunjukkan kesan luka yang dihadapi oleh adik Bella
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat milik pengguna laman sosial Mona Din, Bella ditemui dengan kesan lecur teruk di badan, di pusat asuhan sebuah kondominium yang terletak di Wangsa Maju.
Mona Din turut mendedahkan kekejaman yang berlaku terhadap Bella dan memohon keadilan buat anak istimewa itu dengan tanda pagar #justiceforbella.
Gambar: menunjukkan salah seorang warga Twitter menggunakan “#justiceforbella” .
Gambar: menujukkan kecederaan yang dihadapinya.
Rata-rata pengguna laman sosial yang mengikuti Mona Din turut terkesan dengan apa yang berlaku dan berharap agar pendera akan segera diheret ke muka keadilan.
Gambar: menunjukkan salah seorang warga Twitter meluahkan rasa kecewa terhadap
apa yang berlaku kepada adik Bella.
Menurut laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, remaja berusia 13 tahun itu yang diselamatkan selepas pihaknya menerima aduan pada 24 Jun lalu, turut mempunyai kesan luka pada paha.
Katanya, difahamkan mangsa telah tinggal di pusat asuhan berkenaan di bawah pengawasan seorang wanita berusia 28 tahun sejak 14 Julai tahun lalu.“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selain turut disahkan positif COVID-19.”
“Hasil siasatan polis, unit berkenaan turut didiami enam orang kanak-kanak dan dua daripada mereka merupakan OKU. Bagaimanapun mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.”
Gambar: menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh Mona Din
Menurut Saiful Annuar, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tempoh tidak melebihi 20 puluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Gambar: menujukkan kenyataan media berkaitan kes tersebut.
Katanya, polis pada masa sama akan turut memanggil suspek wanita berusia 28 tahun itu bagi membantu siasatan.
Gambar: menunjukkan perkara ini turut mendapat perhatian bekas Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik.
Harapnya perkara ini dapat disiasat dengan segera dan semoga pelakunya dapat balasan yang setimpal.
Sumber: @beritaawani, @sinarharian, @gempak.com
Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia.
Email NextStepMalaysia: [email protected]