Realtime website trackingweb stats

Kisah hidup Ahmad Nisfu yang sebenar

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ahmad Nisfu, salah seorang pelakon kegemaran P. Ramlee meninggal dunia pada 25 Jun 1972. P.Ramlee banyak beri watak ‘terhormat’ kepada beliau.

Contoh: Sultan, pengarah filem, bapa mentua sporting, tauke sampan (walaupun jahat tapi masih style!)

Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini. Cerita asal IBU MERTUA KU ditulis oleh Ahmad Nisfu yang kemudiannya diolah kembali oleh
P. Ramlee.

Menurut beberapa sumber, Ahmad Nisfu hanya menulis dan membaca dalam tulisan Jawi. Beliau antara seniman veteran dari kumpulan bangsawan yang tidak buta huruf.

Kisah yang pernah tular di internet: Ahmad Nisfu hidup sebatang kara di sebuah kubu peninggalan tentera Jepun dalam keadaan yang sangat daif.


Padahal Ahmad Nisfu hidup rileks je dengan anak cucunya. Semasa menghembuskan nafas terakhir, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu.

Ahmad Nisfu lambat sikit terjun ke dunia filem sebab dia lebih banyak berlakon dengan kumpulan wayang bangsawan. Selepas banyak kumpulan wayang bangsawan ni gulung tikar pada penghujung 1950-an (dan perniagaan filem sedang mencanak naik) barulah Ahmad Nisfu dapat peluang berlakon filem.

Filem pertama Ahmad Nisfu: Anak Pontianak (1958) diikuti dengan filem Gergasi (1958). Kedua-dua filem ni terbitan studio Jalan Ampas.

Filem Gergasi ni ala-ala Frankenstein sikit. Anda boleh cuba tonton.


Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang tinggi apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi.

Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.

Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P. Ramlee:

  • Musang Berjanggut (1959)
  • Nujum Pa’ Blalang (1959)
  • Antara Dua Darjat (1960)
  • Seniman Bujang Lapok (1961)
  • Ibu Mertua Ku (1962)
  • Nasib Si Labu Labi (1963)
  • Madu Tiga (1964)
  • 3 Abdul (1964)
  • Dayang Senandong (1965)
  • Sri Andalas (1966), Lampong Karam (1967)
  • A Go Go 67 (1967)

Satu perkara menarik tentang Ahmad Nisfu, dia tak mengikat kontrak dengan mana-mana studio. Dia lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat lihat Ahmad Nisfu juga turut berlakon di dalam filem-filem di studio Cathay Keris.

Filem-filem Ahmad Nisfu di Cathay Keris:

  • Dang Anom (1962)
  • Jula Juli Bintang Tujoh (1962)
  • Laila Majnun (1962)
  • Lanchang Kuning (1962)
  • Darah-Ku (1963)
  • Bayangan Di-Waktu Fajar (1963)
  • Bunga Tanjong (1963)
  • Tajul Ashikin (1963)
  • Pontianak Kembali (1963)
  • Ayer Mata Duyong (1964)
  • Wan Perkasa (1964)
  • Istana Berdarah (1965)
  • Dua Kali Lima (1966)
  • Playboy (1967)
  • Mat Raja Kapor (1967)
  • Si-Murai (1968)
  • Nafsu Belia (1969)
  • Puaka (1970)
  • Linang Nuraka (1970)
  • Mat Karung Guni (1970)
  • Jahanam (1971)

Itu sahaja cerita mengenai Ahmad Nisfu. Terima kasih sudi membaca sampai ke penghujung cerita.

Penulis Asal: akaun Twitter @danialazizahmad
Sumber Gambar: @repairgambarlama & @danialazizahmad

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]