Realtime website trackingweb stats

Warga emas 80 tahun kena terajang bantu adik OKU

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang warga emas berusia 80 tahun menjadi sasaran kemarahan apabila disalah sangka melarikan remaja perempuan OKU (Orang Kurang Upaya)  berusia 16 tahun di Saujana Rawang dekat sini, pada Sabtu.

Video: Rakama ini menunjukkan ibu kepada adik OKU (Orang Kurang Upaya) tersebut menendang warga emas yang berumur 80 tahun yang mengganggap warga emas itu menculik anaknya sedangkan warga emas itu ingin menghantar adik OKU (Orang Kurang Upaya)
ke rumahnya.

Pada rakaman tersebut, kita boleh lihat kereta warga emas itu terdapat pelekat lambang OKU (Orang Kurang Upaya). Ini membawa maksud bahawa warga emas itu yang berumur 80 tahun juga adalah seorang OKU (Orang Kurang Upaya).

Dalam satu rakaman video yang viral di media sosial di atas ini , seorang wanita dilihat masuk ke dalam sebuah kereta sambil cuba memukul individu dipercayai lelaki terbabit.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan kes berkenaan tidak mempunyai elemen penculikan.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati remaja OKU itu, bertindak menahan kenderaan dipandu warga emas itu yang melalui kawasan Bandar Country Homes, Rawang, kira-kira jam 9 pagi, semasa dia berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya.

“Lelaki terbabit membenarkan remaja berkenaan berbuat demikian kerana beranggapan dia meminta pertolongan.”

“Ibu mangsa berumur 54 tahun yang kemudiannya menyedari ketiadaan anaknya lantas bertanya kepada peniaga di kawasan berhampiran, sebelum dimaklumkan anaknya telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua MyVi berwarna kelabu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.”

Zainal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kenalan ibu remaja itu memuat naik kejadian yang berlaku itu di beberapa kumpulan WhatsApp, sehingga kereta yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang, kira-kira 12.30 tengah hari.

“Ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku.”

“Hasil siasatan lanjut mendapati lelaki yang didakwa melarikan remaja itu, tidak pasti arah tuju hendak membawa remaja itu, kerana dia hanya mendiamkan diri sehinggalah kereta lelaki berkenaan ditahan beberapa orang awam di sekitar Saujana Rawang,” katanya.

Beliau berkata siasatan kes ini tidak ada kaitan dengan kes culik dan ibu mangsa yang membuat laporan polis kes itu, telah menarik kembali laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Sebelum kita membuat satu tindakan jangan terlalu mengikut emosi tanpa soal selidik terlebih dahulu. Secara menyeluruhnya, ini adalah bukan kes penculikkan tetapi kes salah faham antara dua-dua belah pihak.

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke
NextStep Malaysia.
Email NextStepMalaysia: [email protected]