Setiap pasangan suami isteri inginkan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka. Begitu juga pasangan di Indonesia ini yang dikurniakan buah hati pertama setelah 21 tahun menunggu.
Gambar: Dr Benediktus mendukung bayi aisyah
bersama Somidi (bapa kandung kepada Aisyah)
Menerusi perkongsian seorang pengguna Instagram @drbennyarifin yang dikenali sebagai Dr Benediktus, pasangan itu menerima cahaya mata perempuan sekali gus menamatkan penantian selama 21 tahun.
Beliau yang juga merupakan seorang Doktor Pakar Kesuburan Persenyawaan in vitro (IVF) berkata, “Pasangan dari Madura, Indonesia iaitu Su’udiyah, 44, dan Somidi,51, mendapat bayi sulung menerusi kaedah IVF pada 1 Disember 2020.
Gambar: menunjukkan Dr Benediktus beliau menjadi saksi pelbagai
cabaran yang ditempuhi pasangan tersebut.
“Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang sangat tidak mudah”
“Ketika berjaya hamil, saya masih ingat momen pada hari tersebut, tidak ada perkataan, tapi penuh dengan titisan air mata bahagia yang mengalir dipipi mereka.”
“Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan suatu rencana Yang Maha Kuasa yang saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua,” ujarnya.
Gambar: menunjukkan Su’udiyah bersama anaknya, Aisyah.
Ini adalah bukti bahawa kita tidak boleh berputus asa daripada rahmat Allah.
Kita sebagai manusia perlulah ikhtiar dan berdoa, seterusnya serahkan kepada Ilahi.
Artikel asal: Sinar Plus
Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia.
Email NextStepMalaysia: [email protected]