Realtime website trackingweb stats

Viral ! Ayah nikahi anak gadis sendiri selepas terlanjur

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Mahkamah syariah menyimpan 1,001 kisah masyarakat yang berkisahkan isu-isu keruntuhan institusi kekeluargaan. Antara kes yang kerap difailkan adalah penceraian, nasab keluarga dan lain-lain.

Baru-baru ini, peguam syariah, Nur Fatihah Azzahra berkongsi satu kes melibatkan nasab keluarga yang bercelaru. Percayakah anda, si bapa dalam kes ini sanggup menikahi anak gadisnya sendiri gara-gara pernah lakukan hubungan terlarang?

Bapa kandung (umur 40an) terlanjur hingga mengandungkan anak perempuan (umur 20an). Kes suka sama suka, dari JPN kepada peguam.

Ibu kandung (umur 20an) berkata “takpa, kahwinlah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah”.

Maka ibu dan ayah pun bercerai sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Gambar: Sekadar hiasan.

Kemudian, bapa nikahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN. Mereka dimaklumkan kena rujuk Mahkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Dunia makin membimbangkan.

Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Bayangkan, pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sumbang mahram. Masyarakat kita makin tenat. Malaysia 2021.

Peguam Syarie : Wali Azri & Associates
Sumber: SIAKAPKELI.MY

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]