DAP cadang Pas buat syarikat penerangan sendiri ‘Pas Airlines’

Oleh Ahmad Fahmi

Seorang ahli Parlimen DAP mencetuskan perhatian di Dewan Rakyat apabila menyindir cadangan PAS agar Malaysia Airlines (MAS) menghentikan hidangan alkohol dalam penerbangan.

Bercakap di dewan rakyat, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menyifatkan desakan itu sebagai tidak demokratik dan tidak menghormati kebebasan individu bukan Islam.

Lim berkata hak untuk mengambil minuman beralkohol adalah pilihan peribadi yang diiktiraf undang-undang dan tidak seharusnya diganggu atas dasar keagamaan.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia sebagai negara berbilang kaum perlu mengekalkan prinsip kebebasan dalam perkhidmatan awam seperti penerbangan.

Beliau secara sinis mencadangkan agar syarikat itu dinamakan “PAS Airlines” dan mempersoalkan berapa lama ia mampu bertahan dalam industri kompetitif tersebut.

Ahli Parlimen itu turut memetik contoh syarikat penerbangan dari negara Islam seperti Emirates, Etihad dan Gulf Air yang tetap menawarkan minuman beralkohol kepada penumpang bukan Islam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun, dari PAS mengulangi gesaan supaya MAS menghentikan penyajian alkohol dengan alasan ia menimbulkan dilema kepada pramugari serta penumpang beragama Islam.