Jika saya jadi Perdana Menteri lagi..

Oleh ABDULLAH HAMID

Jika saya jadi Perdana Menteri lagi..Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri dua kali yang kini menghampiri usia 100 tahun, membuat kenyataan mengejutkan — beliau mahu memansuhkan undang-undang berkaitan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sekiranya kembali menerajui negara.

Dalam satu sesi dialog sempena pelancaran bukunya di Putrajaya hari ini, Mahathir menyifatkan langkah itu sebagai tindakan pertama yang akan diambil jika diberikan peluang sekali lagi menjadi perdana menteri.

“Saya perlu tahu apa yang rakyat fikir. Kalau mulut mereka disumbat, mereka mungkin menyimpan rasa tidak puas hati dalam diam, sedangkan pemimpin rasa semuanya baik-baik saja,” katanya lantang.

Jika saya jadi Perdana Menteri lagi..

Menurut beliau, tanpa kebebasan bersuara, negara akan terjejas dari segi pembangunan dan kemajuan kerana suara rakyat yang penting itu tidak diberi perhatian.

Meskipun Mahathir menegaskan beliau tidak lagi berminat memegang jawatan perdana menteri, namun beliau masih sedia berkongsi pandangan dan pengalaman demi manfaat negara.

“Kalau saya jadi perdana menteri sekali lagi — mintak dijauhkan Tuhan — saya tahu apa yang saya akan lakukan terlebih dahulu,” katanya sambil berseloroh.

Tambahnya lagi, jika kerajaan hari ini sanggup mendengar pandangan “orang tua” sepertinya, beliau tidak keberatan untuk berkongsi buah fikiran dan nasihat.

BACA JUGA :

Hadkan tempoh jawatan PM dua penggal, Tun M tak setuju

Tun M malu rahsia Pulau Batu Puteh terbongkar, petik 3 nama tanggung kesilapan sama-sama

Keputusan RCI Pulau batu puteh telah dibuka, cadang heret Tun M untuk disiasat