Pegawai kesihatan kantoi curi produk kecantikan, aib terbongkar gara-gara tiktok. Seorang wanita yang dipercayai pegawai kesihatan dikecam hebat netizen selepas kantoi mencuri produk kecantikan dan kosmetik di sebuah pasar raya di Takalar, Sulawesi Selatan, lapor portal Viva.
Insiden mengejutkan itu menjadi tular apabila rakaman videonya dimuat naik oleh pengguna TikTok, @james.ar14. Dalam video tersebut, wanita itu dilihat ditahan oleh pelanggan dan kakitangan pasar raya sebelum diarahkan mengeluarkan barangan curi yang disorok rapi di bawah kain labuhnya.
Dengan wajah yang penuh rasa bersalah, wanita itu terpaksa menyerahkan satu demi satu produk kecantikan yang disembunyikan, dipercayai untuk dibawa keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.
Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai nasib wanita terbabit sama ada dia akan dikenakan tindakan undang-undang atau hanya diberi amaran.
Namun begitu, rakaman tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya kecewa dengan sikap tidak bermoral wanita berkenaan — apatah lagi dia merupakan seorang penjawat awam dalam bidang kesihatan.
“Semua kedai sekarang ada CCTV, masih berani buat kerja tak senonoh?” tulis seorang netizen yang bengang.
“Sanggup pakai baju besar semata-mata nak sorok barang curi. Betul-betul memalukan!” komen pengguna lain.
Kejadian ini bukan sahaja memalukan, malah mencalar imej golongan profesional yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Dalam dunia digital masa kini, setiap perbuatan mudah direkod dan disebarkan, menjadikan tindakan tidak bermoral seperti ini sukar untuk disembunyikan.
BACA JUGA :
Siapa sangka Malaysia ‘bagi duit’ kepada Indonesia cecah RM5 bilion
DBKL berdepan masalah besar, tunggakan sewa PPR DBKL cecah 70 juta