Lelaki memandu hampir 30 tahun tanpa lesen

Oleh ABDULLAH HAMID

Lelaki memandu hampir 30 tahun tanpa lesen. Bayangkan ada orang yang memandu selama hampir tiga dekad tanpa lesen, tanpa insurans, dan tanpa pemeriksaan kereta yang sah — macam adegan dalam filem, tapi ini kisah benar yang berlaku di Perancis!

Menurut laporan Oddity Central, seorang lelaki di kawasan Rhone, Perancis, berjaya ‘melepasi radar’ pihak berkuasa selama 28 tahun sebelum akhirnya tertangkap minggu lalu.

Lelaki memandu hampir 30 tahun tanpa lesen

Ditahan sebab pemeriksaan tamat tempoh

Cerita bermula apabila polis menghentikan kenderaan lelaki tersebut kerana gagal memperbaharui pemeriksaan teknikal kenderaan (macam Puspakom lah lebih kurang). Bila disemak lebih lanjut, rupa-rupanya kereta itu juga tak ada insurans!

Tapi kejutan sebenar muncul bila pegawai polis tanya tentang lesen memandu…

“Lesen saya dah kena tarik tahun 1997…”

Dengan penuh santai, lelaki itu mengaku bahawa lesen memandunya telah dibatalkan sejak tahun 1997 – selepas dia ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Dan sejak itu… dia teruskan je memandu tanpa rasa bersalah.

Kini, lelaki berkenaan bakal berdepan tindakan undang-undang yang lebih berat.

Soalnya sekarang: Macam mana dia boleh lepas pandang selama ni?

Ramai tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh memandu tanpa dikesan selama 28 tahun. Adakah dia terlalu bijak elak pemeriksaan, atau sistem penguatkuasaan yang terlalu longgar?

Apa pun, kisah ini jadi peringatan buat semua pemandu, tak kira di mana kita berada — lesen, insurans, dan pemeriksaan kenderaan bukan sekadar formaliti, tapi tanggungjawab penting untuk keselamatan semua.

Nasib dia ‘panjang’ 28 tahun. Tapi silap hari bulan, boleh bawa padah. Jangan ikut jejak ya!

BACA JUGA :

DBKL berdepan masalah besar, tunggakan sewa PPR DBKL cecah 70 juta

Terengganu berdepan dengan ‘krisis senyap’

Yang di-Pertuan Agong zahir penghargaan kepada semua guru di seluruh Malaysia