“Who is M Nasir?” Papan tanda iklan undang reaksi pengguna jalan raya. Biasanya bila lalu lebuh raya atau kawasan sibuk di tengah kota, papan iklan digital bukanlah sesuatu yang luar biasa. Iklan makanan, promosi jualan, drama terbaru — semuanya biasa-biasa je. Tapi baru-baru ini, satu papan iklan digital misteri di tengah-tengah Kuala Lumpur berjaya mencuri perhatian ramai pengguna jalan raya… sebab apa yang dipaparkan bukan iklan, tapi sejarah carian Google seseorang.
“Who is M Nasir?” – Soalan pelik pertama yang muncul dan buat semua terpinga-pinga
Boleh kata seluruh jalan berhenti sekejap — bukan sebab jem, tapi sebab terkejut tengok soalan pelik terpampang besar atas billboard:
“Who is M Nasir?”
Hah?! Siapa tak kenal M Nasir, lagenda muzik dan seni Malaysia yang dah berpuluh tahun mewarnai industri hiburan kita? Ramai netizen terus buat andaian — mungkin ini generasi muda yang baru nak kenal siapa figura hebat ini. Atau… mungkin juga ini cuma lakonan semata-mata?
Senarai carian makin pelik: dari pickleball sampai makanan kucing
Bukan setakat satu soalan, banyak lagi carian yang muncul dan semuanya random tahap maksimum:
“Is pickleball overrated?”
“What does cat food taste like?”
“What’s the main attraction of Sabah?”
“Why body itchy after thrifting?”
Netizen gelak besar! Soalan-soalan ni ibarat suara hati waktu tengah bosan tahap dewa atau tak boleh tidur pukul 3 pagi.
Tiada logo, tiada jenama – semua orang tertanya-tanya: ini iklan apa sebenarnya?!
Apa yang menjadikan iklan ni lebih misteri ialah… tiada langsung nama jenama, logo syarikat atau penjelasan. Betul-betul kosong. Seolah-olah papan iklan tu kantoi paparkan sejarah carian peribadi seseorang secara tidak sengaja.
Ada yang teka mungkin ini eksperimen sosial, mungkin juga staf billboard tersalah tekan. Tapi yang pasti, satu jalan raya ‘kantoi’ baca search history orang lain, dan semua tergelak dalam hati.
“Rasa malu sebab search sendiri pun pelik!” – Ramai mula padam history Google masing-masing
Ramai netizen yang gelak sakan, tapi dalam masa yang sama, mula muhasabah diri. Mana taknya, siapa je yang tak pernah buat carian pelik-pelik macam “kenapa cicak suka rumah aku” atau “resepi mee segera versi mewah”? Bezanya, carian kita tak terpampang kat billboard satu KL!
Ramai yang terus buka Google dan padam history, takut jadi mangsa seterusnya. Habis semua search history 3 tahun lepas ‘clear’ dalam masa 5 minit.
BACA JUGA :
Anak M Nasir tak malu tebar roti canai
Majlis berjalan lancar tapi Afifah Nasir kecewa dengan Judika? Rupanya ini sebabnya