Pesakit urus diri sendiri, jururawat sibuk membawang

Oleh FATIN AQILAH

Pesakit urus diri sendiri, jururawat sibuk membawang. Satu rakaman yang tular di media sosial telah mencetuskan kemarahan netizen apabila sekumpulan jururawat di sebuah hospital di wilayah Riau, Indonesia dilihat asyik berbual dan makan, tanpa menghiraukan kehadiran seorang pesakit yang memerlukan bantuan.

Insiden memalukan itu berlaku di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Arifin Achmad dan kini menjadi perbualan hangat selepas video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @jelita3959.

Jururawat ‘Leka’, Pesakit Terkial Sendiri

Dalam video berdurasi pendek itu, sekumpulan jururawat duduk santai di kaunter sambil menikmati makanan dan berbual mesra, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah seorang pesakit yang baru tiba terpaksa turun sendiri dari pengusung tanpa dibantu sesiapa.

Adegan itu jelas mempamerkan kurangnya keprihatinan dan tanggungjawab dari petugas kesihatan yang sepatutnya menjadi benteng pertama dalam memberi bantuan kepada pesakit.

Kecaman Bertalu-Talu di Media Sosial

Video itu kini telah mencatat lebih 2.4 juta tontonan, dan ruangan komen dibanjiri dengan kritikan tajam daripada orang ramai. Ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa jururawat tersebut.

“Mereka semua patut dipecat!” tegas seorang pengguna.

“Malu kalau dibandingkan dengan Malaysia. Di sana, doktor dan jururawat sangat mesra dan pantas membantu,” komen seorang lagi netizen yang turut membandingkan mutu perkhidmatan kesihatan antara dua negara jiran.

Perlu Ada Tindakan Tegas

Insiden ini mencetuskan persoalan besar tentang etika kerja dan profesionalisme dalam sektor kesihatan. Netizen berharap agar pihak hospital mengambil tindakan tegas terhadap jururawat terlibat demi memulihkan imej institusi kesihatan tersebut.

Dalam dunia kesihatan, setiap saat dan perhatian adalah penting — dan kejadian seperti ini bukan sahaja mencemarkan reputasi, malah boleh membahayakan nyawa.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran agar setiap petugas kesihatan lebih peka dan bertanggungjawab, kerana dalam bidang ini, kelekaan boleh membawa padah.

BACA JUGA :

Jururawat Malaysia ditawar gaji lumayan di Hospital Singapura

Tulis terbalik pun tulisan jururawat ini cantik, kebolehan yang hanya ada pada si tangan kidal

Obses kumpul kasut wanita sampai kena tangkap, lelaki ini paling suka kasut dipakai jururawat