Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia pernah mengeluarkan wang kertas terbesar di dunia bernilai RM600, yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2017.
Wang kertas ini kini kembali menjadi perbualan hangat selepas dipaparkan dalam sebuah video TikTok
oleh Banknote World, yang menyenaraikan “Top 3 Largest Banknotes in the World.”
Dalam video tersebut, Malaysia menduduki tempat pertama dengan wang kertas RM600 ini.
Wang kertas edisi khas ini dikeluarkan bagi menyambut Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ia telah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
RM600 ini bukan sahaja unik kerana saiznya yang besar, tetapi juga kerana reka bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya. D
i bahagian hadapan wang kertas ini, terdapat imej 15 Raja-Raja Malaysia, manakala di bahagian belakang pula memaparkan sejarah upacara penandatanganan Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Meskipun nilai wang kertas ini adalah RM600, ia dijual pada harga RM1,700 sehelai ketika pertama kali dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Bagaimanapun, semua nota tersebut telah habis dibeli oleh pengumpul wang kertas.
Menurut beberapa netizen di ruangan komen video TikTok itu, “Nota RM600 adalah sah tetapi jumlahnya sangat terhad.
Semua kolektor sudah membeli. Jika ada yang dijual, harganya pasti sangat tinggi.”
Selain itu, dalam video TikTok tersebut, Banknote World turut meletakkan Fiji di tempat ketiga dengan wang kertas bernilai $2,000 dan Filipina di tempat kedua dengan peso 100,000.
Video itu telah menarik lebih 294,000 tontonan, dengan ramai rakyat Malaysia mengaku bahawa mereka sendiri tidak tahu mengenai kewujudan wang kertas tersebut.
BACA: Ini respon Presiden Pas bila parti SAPP umum keluar Perikatan Nasional