Lubang saliran air di tandas kerap menjadi laluan masuk bagi haiwan perosak dan berbisa
seperti tikus, lipas, katak, atau ular. Jika tidak dicegah, keadaan ini boleh membahayakan penghuni rumah.
Dalam satu perkongsian di Facebook oleh Kamal Harun, beliau berkongsi
cara mudah untuk menghalang haiwan-haiwan ini daripada membuka penutup saliran air tandas.
“Tahukah anda, ada cara untuk mengunci penutup saliran supaya haiwan seperti ular tidak dapat membukanya?
Modalnya hanya sekitar RM1 hingga RM3, tetapi kesannya tahan lama.
“Cara ini juga lebih kemas berbanding menggunakan baldi atau botol sebagai pemberat.
Saya sudah amalkan teknik ini selama tujuh tahun, dan ia terbukti berkesan,”** katanya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Skru self-drilling
Plat keluli berlubang
Langkah-langkah pemasangan:
Masukkan skru self-drilling ke dalam salah satu lubang pada plat keluli berlubang. Letakkan plat tersebut di salah satu bucu penutup saliran air.
Gerudi skru tersebut ke lantai untuk mengunci plat dan penutup saliran.
Jika ingin membuka penutup saliran, alihkan plat keluli berlubang ke tepi.
Mudah, bukan? Selamat mencuba, semoga bermanfaat!