Realtime website trackingweb stats

ICC keluar waran tangkap PM Israel, ini fungsi ICC yang ramai patut tahu

Oleh NURAIMAN

Dunia ini tidak pernah sunyi daripada konflik, seringkali melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa yang besar.

Setiap hari, laporan media memaparkan kisah menyayat hati seperti jenayah perang dan penghapusan etnik.

Malangnya, mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah ini sering terdiri daripada

individu berprofil tinggi yang sukar diheret ke muka pengadilan, terutama ketika mereka masih berkuasa.

Bagi menangani situasi ini, sebuah mahkamah antarabangsa diwujudkan untuk membicarakan pelaku jenayah berat berdasarkan lunas undang-undang.

ICC keluar waran tangkap PM Israel, ini fungsi ICC yang ramai patut tahu

Mahkamah tersebut dikenali sebagai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai institusi ini:

Penubuhan ICC sebagai Badan Undang-Undang Antarabangsa

ICC ditubuhkan pada 17 Julai 1998 melalui Statut Rom, sebuah perjanjian antarabangsa yang dianggotai oleh 124 negara. Mahkamah ini terletak di The Hague, Belanda, dan mula beroperasi pada Julai 2002.

Penubuhannya bertujuan menyediakan sebuah mahkamah kekal untuk membicarakan jenayah berat yang berlaku semasa perang. Misi utama ICC adalah untuk mengakhiri kebebasan pelaku jenayah paling kejam yang mengancam keselamatan global.

Menurut laporan NPR, ICC memfokuskan kepada empat jenis jenayah utama:

-Jenayah Kemanusiaan
-Genosid (Penghapusan Etnik)
-Jenayah Pencerobohan
-Jenayah Perang

Hakim dan Kes di ICC

Kes di ICC diadili oleh 18 hakim yang dipilih daripada negara anggota. Setiap hakim berkhidmat selama sembilan tahun tanpa kemungkinan lanjutan tempoh perkhidmatan.

Sehingga kini, ICC telah mengeluarkan 59 waran tangkap. Sebanyak 21 pelaku jenayah telah dibawa ke mahkamah, dengan 11 orang disabitkan kesalahan dan empat dibebaskan. Namun, dakwaan terhadap tujuh individu digugurkan kerana mereka telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, masih terdapat 30 individu yang dikenakan waran tangkap ICC tetapi belum dapat ditahan. ICC menyatakan, “Hujahan undang-undang boleh dibuat, tetapi perbicaraan tidak dapat dimulakan tanpa kehadiran pelaku.”

Bagaimana Waran Tangkap ICC Berfungsi?

ICC tidak mempunyai sistem kepolisian sendiri untuk melaksanakan tangkapan. Oleh itu, ia bergantung kepada negara anggota Statut Rom untuk melakukan penangkapan.

Secara teori, negara anggota wajib menangkap individu yang dikenakan waran tangkap ICC jika mereka berada di wilayah negara tersebut. Namun, pelaku masih boleh melarikan diri ke negara bukan anggota untuk mengelak daripada ditangkap.

Negara bukan anggota seperti Amerika Syarikat dan Rusia tidak terikat dengan kewajipan ini, membolehkan pelaku jenayah bergerak bebas di kawasan tersebut.

Selain tangkapan, ICC juga memerlukan kerjasama negara lain untuk:

-Memindahkan pelaku yang ditahan ke pusat tahanan ICC.
-Membekukan aset mereka.
-Melaksanakan hukuman yang dijatuhkan.

Cabaran dan Harapan

Walaupun ICC berdepan cabaran besar seperti kekurangan kuasa eksekutif dan kerjasama antarabangsa, penubuhannya merupakan langkah penting ke arah memastikan keadilan dapat ditegakkan bagi mangsa jenayah berat di seluruh dunia.

BACA: Spark ambil Azlan Komeng berlakon walaupun berkerusi roda bikin netizen terharu