Penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, menyatakan bahawa dirinya belum layak menerima gelaran Biduan Negara
walaupun sudah lima dekad mencipta nama dalam industri seni.
Jamal, atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, menganggap pengiktirafan tersebut terlalu tinggi untuk dirinya pada masa ini.
“Belum Masanya,” Kata Jamal
“Rasanya belum lagi, mungkin setahun dua lagi baru boleh difikirkan.
Apapun, setiap pengiktirafan perlu mengambil kira penglibatan serta pengorbanan seseorang dalam industri seni.
“Saya bersyukur jika ada yang mencalonkan, tetapi saya tidak terlalu mengharapkannya kerana gelaran itu terlalu besar untuk diterima,” ujar Jamal dalam sidang media Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra baru-baru ini.
Reaksi Terhadap Pengiktirafan Datuk Seri Siti Nurhaliza
Ketika ditanya mengenai gelaran Biduanita Negara yang diberikan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jamal menjelaskan bahawa dia belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tak tahu tentang pengiktirafan itu, siapa yang memilih atau bagaimana proses pemilihannya. Jadi, saya tak boleh komen apa-apa,” katanya ringkas.
Siti Nurhaliza Dinobatkan Biduanita Negara
Sebelum ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menerima Anugerah Khas Biduan Negara, sekaligus menjadikan beliau antara ikon seni yang diiktiraf dengan gelaran tersebut.
BACA: Mengidam mee kolok sarawak? Ini resepi mee kolok guna maggi pun boleh