Geran kereta atau motor, juga dikenali sebagai Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), adalah
Dokumen penting yang mengandungi maklumat lengkap tentang kenderaan anda. Ia diperlukan untuk membuat tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Ramai yang beranggapan proses mendapatkan geran ini hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ, yang memakan masa kerana perlu menunggu giliran.
Namun, kini terdapat cara lebih mudah iaitu menggunakan mesin khas di JPJ, tanpa perlu mengisi borang atau berurusan di kaunter.
Berikut adalah langkah mudah untuk mendapatkan geran kenderaan melalui mesin JPJ:
Langkah Mendapatkan Geran Kenderaan
1. Pilih Bahasa dan Masukkan Maklumat Pemilik
-Tekan pilihan bahasa.
-Masukkan nombor kad pengenalan pemilik dan sahkan dengan cap jari (fingerprint).
2. Pilih Salinan Geran Kenderaan
-Pilih opsyen untuk mendapatkan salinan kenderaan.
-Masukkan nombor pendaftaran plat kenderaan anda.
Bayaran
3. Bayaran sebanyak RM20 dikenakan.
-Hanya kad ATM bank diterima untuk pembayaran.
4. Proses dan Cetakan Geran
-Tunggu sehingga proses selesai.
-Salinan geran akan dicetak dan boleh diambil di kotak mesin.
Kelebihan Menggunakan Mesin JPJ
-Tidak perlu mengisi borang.
-Tiada keperluan beratur panjang di kaunter.
-Proses yang cepat dan mudah.
Nota Penting: Pastikan pemilik hadir sendiri untuk proses ini kerana pengesahan cap jari diperlukan.
Dengan kemudahan ini, urusan mendapatkan geran kenderaan menjadi lebih efisien.
Ramai pengguna berharap lebih banyak mesin ini disediakan di semua lokasi JPJ untuk memudahkan orang ramai.
BACA: Kerajaan Sarawak umum bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam, pelajar IPT pun terima tempias