Dalam usaha memiliki hartanah untuk tujuan kediaman atau pelaburan, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan
seperti membeli rumah undercon, subsale, atau melalui lelongan.
Setiap kaedah ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Sebagai contoh, rumah lelong biasanya ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding rumah undercon atau subsale.
Namun, situasi kali ini agak berbeza. Berdasarkan perkongsian di Facebook oleh ESZAM Auctioneer Sdn Bhd
Sebuah “rumah” di Melaka bakal dilelong dengan harga RM243,000.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah keadaan rumah ini yang jauh daripada jangkaan. Ia hanya mempunyai rangka tiang dan dinding yang tidak lengkap, tanpa pintu pagar dan bumbung seperti yang dilihat dalam gambar yang dikongsikan.
Rumah yang mempunyai keluasan 5,952 kaki persegi ini dijadualkan untuk dilelong pada 5 Julai 2023 dengan harga yang dinyatakan. Namun, pembeli yang berminat perlu membuat pembelian secara tunai sahaja.
BACA: ‘Kuman super’ bakal melanda Malaysia jelang 2030, dijangka lebih 80k kematian