Pernahkah anda tertanya mengapa kerusi milik Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, ditempatkan di tengah-tengah antara takhta Sultan dan Permaisuri Johor?
Kedudukan tersebut menjadi perhatian ketika sambutan ulang tahun ke-65 Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada 22 November tahun lalu.
Kerusi yang diperuntukkan untuk anakanda sulung Tunku Ismail itu ternyata membawa makna mendalam.
Penempatan kerusi Raja Muda Johor di singgahsana bukanlah sekadar kebetulan, tetapi memuatkan mesej simbolik mengenai susur galur pewarisan takhta negeri Johor.
Perkara ini turut dijelaskan oleh seorang pengguna TikTok melalui satu hantaran tular di akaun @starafmedia.
Menurutnya, kedudukan kerusi itu mencerminkan kesinambungan takhta Johor.
“Kerusi Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, diletakkan di antara takhta Sultan Johor dan Permaisuri Johor. Ia melambangkan kepentingan susur galur serta kesinambungan pewaris takhta di negeri Johor,” jelas individu itu.
Dilahirkan pada 10 Oktober 2017, Tunku Iskandar merupakan putera sulung Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Setelah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Johor, baginda kini secara rasmi menjadi pewaris kedua takhta Johor selepas ayahandanya, Tunku Ismail.
BACA: Loan dah kena bayar tapi rumah tak siap-siap lagi, ini langkah semak pemaju sebelum beli rumah