Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Barat, lamb chop sering menjadi pilihan utama.
Menu ini bukan sahaja enak di lidah orang Melayu, malah mengenyangkan apabila disajikan bersama kentang putar dan salad.
Tapi, tentu saja kita mahu cuba memasak lamb chop di rumah menggunakan resepi yang mudah dan sedap, kan?
Jadi, mari kita cuba resepi mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain di Facebook ini,
Termasuk juga resepi sampingan seperti mashed potato dan coleslaw yang mudah disediakan.
RESEPI LAMB CHOP MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan untuk Lamb Chop:
-10 keping lamb (dibasuh bersih dan ditoskan)
-4 ulas bawang putih (tumbuk halus)
-1/2 cawan sos tomato
-3/4 cawan sos tiram
-1 cawan sos cili
-1 cawan kicap pekat manis
-Beberapa titisan L&P sos (Lea & Perrins)
-2 sudu besar lada hitam kisar
-Tiada keperluan garam, gula, atau serbuk perasa
Cara Penyediaan:
1.Gaul semua bahan dalam bekas dan perap selama beberapa jam. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya.
2.Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Susunkan lamb bersama sos perapan dalam kuali, dan masak dengan api perlahan.
3.Terbalikkan lamb chop untuk memastikan kedua-dua belah masak sepenuhnya. Daging lamb memang cepat masak, jadi tidak perlu terlalu lama.
4.Angkat dan letakkan dalam pinggan, tuangkan sos yang dimasak bersama lamb. Ulangi langkah ini untuk baki lamb. Tidak perlu menambah minyak dalam kuali lagi selepas kali pertama. Siap untuk dihidangkan!
RESEPI MASHED POTATO:
-4 biji kentang US (dipotong dadu dan direbus)
-Setelah empuk, toskan kentang dan lenyek hingga halus.
-Masukkan 2 sudu besar butter, 1/2 hingga 1 cawan susu full cream dan sedikit garam.
-Tambahkan 1 sudu besar serbuk lada hitam dan kacau atas api perlahan sehingga rata.
-Setelah masak, tutup api dan mashed potato siap untuk dihidangkan.
RESEPI SOS BLACK PEPPER: Bahan-bahan:
-2 sudu besar butter
-2 sudu besar tepung gandum
-2 hingga 3 cawan air
-5 sudu besar kicap manis
-1 hingga 2 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar lada hitam
-1 kiub pati ayam
-Garam, penambah rasa, dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1.Panaskan butter hingga cair.
2.Masukkan tepung gandum dan kacau hingga berketul.
3.Tambahkan 2 hingga 3 cawan air, diikuti dengan kicap manis dan sos tiram.
4.Masukkan kiub pati ayam dan masak sehingga sos mendidih dan pekat.
5.Rasa sos dan masukkan garam, aji, dan gula mengikut citarasa. Sos siap untuk dinikmati bersama mashed potatoes!
RESEPI COLESLAW:
-2 biji lobak merah (diparut)
-1/4 hingga 1/2 biji kobis (dipotong halus)
-Campurkan kedua-dua sayuran tersebut.
-Ambil sayur dalam segenggam atau lebih, masukkan ke dalam blender bersama 1 biji bawang Holland dan 1/2 cawan susu full cream.
-Blend sekejap, jangan terlalu halus.
-Tuang bahan yang diblend dalam bekas dan campurkan dengan sayur yang telah dicampur tadi.
-Masukkan kira-kira 1/2 cawan mayonnaise, sedikit garam, dan 1 sudu besar cuka makan. Gaul rata.
-Simpan dalam peti ais dan hidangkan sejuk-sejuk untuk rasa yang lebih enak.