Peningkatan kawasan penempatan baharu sering menyebabkan perumahan lama ditinggalkan sehingga terbiar kosong dalam jangka masa lama.
Walaupun biasanya harga rumah lama akan jatuh, situasi berbeza berlaku di Taman Melawati,
apabila sebuah rumah usang di kawasan tersebut bernilai jutaan ringgit.
Tanah Luas Punca Nilai Tinggi
Menurut hantaran Facebook oleh Ishaq Marazi, seorang pelabur hartanah, nilai rumah usang itu mencecah RM2.5 juta disebabkan keluasan tanahnya yang besar.
Daripada gambar yang dikongsikan, rumah tersebut yang sudah dinaiki semak samun dipercayai terbiar lama, sebenarnya merupakan rumah berkembar dua setengah tingkat dengan keluasan 4,458 kaki persegi, terletak di atas tanah seluas 13,326 kaki persegi.
Ishaq turut menyertakan pelan tanah dan rumah, menjelaskan mengapa hartanah tersebut bernilai tinggi meskipun keadaan rumahnya usang.
Lokasi dan Status Freehold
Carian menggunakan Google Maps menunjukkan keluasan hartanah itu dengan banyak lagi kawasan hijau di sekitarnya. Rumah di Taman Melawati itu juga berstatus pegangan bebas (freehold), menjadikannya lebih bernilai.
Rumah ini dilaporkan akan dilelong bermula RM1.29 juta pada 6 Januari 2025.
Reaksi Warganet
Warganet menyimpulkan bahawa harga tinggi rumah usang ini bukan disebabkan struktur rumahnya, tetapi kerana tapak tanahnya yang sangat luas dan lokasinya yang strategik.
BACA: Jam berusia lebih 100 tahun dijual RM 8juta, ini identiti pemilik asalnya