Realtime website trackingweb stats

Cuba pukul lalat tak dapat, ini cara tangkap lalat hanya guna 3 bahan ini je!

Oleh AHMAD ISMAIL

Lalat yang berterbangan di dapur pasti mengganggu ketenangan, malah lebih membimbangkan kerana ia berpotensi membawa pelbagai penyakit.

Terdapat banyak petua yang boleh dicuba untuk menghalau serangga ini,namun tidak semua menjamin keberkesanan yang diharapkan.

Namun, menerusi satu perkongsian di TikTok oleh J Deleon, ada cara yang lebih berkesan

untuk membasmi lalat tanpa perlu menggunakan bahan kimia.

Cuma dengan barangan yang sedia ada di dapur, mari kita lihat cara yang dikongsikan!

Cuba pukul lalat tak dapat, ini cara tangkap lalat hanya guna 3 bahan ini je!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1.Botol plastik saiz besar (separuh bahagian bawah digunakan untuk mengisi campuran)
2.Gula perang
3.1 sudu besar madu
4.Secawan air kosong

Langkah-langkah penyediaan yang mudah:

1.Masukkan satu per tiga daripada gula perang ke dalam bahagian bawah botol plastik yang telah dipotong.

2.Tambahkan satu sudu besar madu.

3.Masukkan secawan air kosong dan kacau hingga semua bahan sebati.

4.Tutup botol menggunakan bahagian atas botol yang diterbalikkan.

5.Letakkan bekas tersebut di tempat yang sering dilihat lalat. Siap!

Anda boleh melihat hasilnya dalam beberapa jam sahaja.

Menurut J Deleon, “Lalat akan tertarik dengan bau manis campuran ini dan akan memasuki bekas tersebut untuk terperangkap.”

BACA: