Pengasas kumpulan Old Money Malaysia, Andika Putera, baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan pertama kumpulan tersebut, yang disambut dengan penuh keterujaan oleh para ahlinya.
Dalam video yang dikongsikan, Andika Putera memaklumkan bahawa yuran keahlian seumur hidup yang dikenakan hanyalah sebanyak RM249.
Dengan bayaran ini, ahli-ahli akan menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan oleh Old Money Malaysia,
Termasuk baju berkolar “one piece” yang unik dan tidak terdapat di pasaran Malaysia.
“Baju berkolar one piece ini sangat istimewa kerana ia tidak terdapat di Malaysia,” jelas Andika Putera.
Ahli yang ingin memasarkan produk mereka juga akan mendapat akses automatik kepada program afiliasi tanpa perlu mengeluarkan modal besar, tetapi berpotensi meraih keuntungan yang signifikan melalui program tersebut.
Segala urusan pemasaran akan diuruskan oleh ibu pejabat Old Money Malaysia, yang memastikan kehadiran media sosial yang luas dan berkesan.
@andikaputeraa⚜️CASUAL OLD MONEY UNTUK CUACA MALAYSIA⚜️ Ramai duk cakap tak panas ke pakai old money ni. Tak panas pun bila korang pandai cari baju yang sesuai. Jom, harini Dika tunjuk outfit old money tapi dengan pemilihan material outfit yang sesuai untuk cuaca kat Malaysia 😉 Outfit dah cun, jangan lupa kasi cun kulit and muka. Jangan skip daily supplement korang. Yang Dika consume ada di beg kuning. Komen ❤️❤️ kalau suka casual old money #asmr #oldmoney #komuniti #fyp #fashion #outift #grwm #ootd #viral #tiktok
Selain itu, pihak pengurusan juga menyediakan kandungan dan skrip media sosial, termasuk skrip untuk sesi penstriman langsung, di mana Andika Putera sendiri akan terlibat membantu.
Para ahli juga akan berpeluang menyertai sesi perjumpaan dan ‘coaching’ perniagaan yang akan diadakan di beberapa lokasi tertentu, memberikan mereka sokongan tambahan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Sebelum ini, Old Money Malaysia pernah mencuri perhatian netizen, dengan sesetengah pihak berpendapat bahawa Andika Putera tersilap dalam memahami konsep sebenar “Old Money.”
BACA: Tahniah dan selamat pengantin baru, Anwar Zain tamatkan status bujang senyap-senyap?