Media sosial kini sering dijadikan tempat untuk mencari maklumat atau mengikuti perkembangan isu semasa. Namun begitu,
Terdapat juga individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan platform ini semata-mata untuk meraih perhatian dan populariti.
Bagi golongan ini, perkara paling utama ialah memastikan video yang dimuat naik tular dan muncul di senarai FYP,
Tanpa mempedulikan sama ada berita yang disebarkan itu benar atau sebaliknya.
Sebagai contoh, baru-baru ini, timbul kisah palsu yang mendakwa penyanyi terkenal Anuar Zain telah berkahwin.
Tanpa menunggu penjelasan daripada Anuar sendiri, peminat meluahkan rasa marah terhadap individu yang menyebarkan berita tidak sahih tersebut.
Gambar seorang wanita dalam persalinan pengantin disertai foto Anuar yang berbaju Melayu berwarna ungu, lengkap dengan kapsyen ucapan tahniah dan selamat pengantin baru, sememangnya mencetuskan kemarahan ramai.
Meskipun menerima kritikan, pemilik akaun TikTok tersebut dilihat tidak mengendahkan komen-komen teguran dan tidak memadamkan video berkenaan.
Apa pun, Diva ingin mengingatkan pengguna media sosial agar tidak terlalu terobsesi mengejar populariti. Takut nanti tindakan tersebut akhirnya memberi kesan buruk kepada diri sendiri.
Adalah lebih baik jika platform media sosial digunakan untuk tujuan yang positif dan memberi manfaat kepada orang ramai.