Seorang pengguna X berkongsi satu video yang kini menjadi bualan ramai
Gara-gara seorang wanita mencipta resipi aneh dengan mencampurkan ikan keli mentah dalam teh susu.
Dalam video yang dipercayai dari Indonesia, wanita tersebut menunjukkan
Proses membuat teh susu “paling lazat”, dengan meletakkan ikan keli dalam rebusan teh susu.
Dia juga memotong kecil-kecil isi ikan keli dan dicampurkan dalam rebusan air teh tersebut.
Kata pencipta resipi itu, hidangan itu dikatakan lebih sihat kerana ‘bobanya’ menggunakan potongan isi ikan keli yang lebih alami dan organik.
Selepas dituang di dalam cawan, wanita itu meletakkan kepala ikan keli sebagai hiasan di atasnya, sekaligus membuatkan ramai kembang tekak.
Dia juga meminta rakannya untuk merasa resipi itu, dan rakannya mengatakan ia sedap.
Video itu setakat ini sudah meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi X.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen “kembang tekak” melihat resipi minuman yang diolah oleh rakyat negara seberang.
Baca juga: Patutlah buat ayam gunting tak menjadi! Salah guna tepung rupanya