Realtime website trackingweb stats

Wanita Sarawak ini berjaya ubah hidup dengan pendapatan cecah RM200K sebulan

Oleh ADINDA

Usahawan wanita berasal dari Kuching, Sarawak ini tidak pernah menyangka produk kudapan pedas

Berasaskan emping jagung yang diambil dari resipi mentua, mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

Bermula dengan mengedar sampel secara percuma dan hanya menjual pek mini di kantin sekolah,

Nurul Arfiqah Ali tidak terbayang bahawa ia akan menjadi punca pendapatan terbesar yang mengubah kehidupannya.

Menurut Bernama, usahawan berusia 33 tahun itu berjaya memperoleh nilai jualan mencecah RM200,000 dengan hampir 10,000 balang terjual

Wanita Sarawak ini berjaya ubah hidup dengan pendapatan cecah RM200K sebulan

pada bulan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Krismas.

“Kalau bukan musim perayaan boleh cecah 6,000 balang sebulan… Sekiranya permintaan pelanggan meningkat macam Hari Raya, Gawai dan dapat tempahan untuk majlis, kita akan ada lebih banyak pekerja (untuk siapkan pesanan),” katanya memetik laporan Bernama.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, disebabkan permintaan tinggi terhadap produk kudapannya itu, Nurul Arfiqah mengupah kaum wanita di kampungnya seperti ibu tunggal, suri rumah serta pelajar sekolah bagi membantunya menyiapkan pesanan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

“Memang saya ambil wanita dari Kampung Senari untuk menolong saya dari proses memasak sehingga pembungkusan, melibatkan syif siang iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Sekiranya banyak pesanan masuk, kita ada syif malam juga iaitu 7.30 malam hingga 2 pagi,” katanya.

Lazimnya kudapan emping jagung di pasaran berperisa madu atau telur masin namun produk Nurul Arfiqah yang dinamakan ‘CrunchyNut Cornflakes’ itu mengetengahkan gabungan rasa pedas, manis dan masin dengan mengadunkan bahan utama itu bersama sambal, kacang dan ‘pusuk’ atau ikan bilis.

Nurul Arfiqah berkata, setelah empat tahun berkecimpung dalam perniagaan, dia bercadang meluaskan pasaran produknya dan menggunakan sistem ejen susulan menerima maklum balas positif daripada pelanggannya.

Baca juga: Penjara di Thailand, paling digeruni Penjara Pusat Bang Kwang