Realtime website trackingweb stats

Tun Daim meninggal dunia, SPRM akan putuskan teruskan kes atau tidak

Oleh ARIF ABDULLAH

Tindakan lanjut berhubung pendakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin,

akan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki,

mengesahkan perkara itu susulan kematian Allahyarham Daim, 86, yang juga dikenali sebagai Che Abdul Daim Zainuddin, hari ini.

Beliau berkata, SPRM akan mengadakan perbincangan dengan pihak TPR bagi menilai bagaimana pemergian Allahyarham

Tun Daim meninggal dunia, SPRM akan putuskan teruskan kes atau tidak

mungkin menjejaskan pendakwaan tersebut. Keputusan sama ada pendakwaan akan diteruskan atau dihentikan akan dibuat oleh TPR.

“Kami akan berbincang dengan pihak TPR mengenai bagaimana pemergian Allahyarham Tun Daim mungkin memberi kesan kepada pendakwaan. Hanya TPR yang boleh membuat keputusan sama ada pendakwaan akan diteruskan atau tidak, manakala SPRM hanya bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan,” katanya.

Azam juga menjelaskan bahawa perkara ini mungkin mengambil sedikit masa untuk diselesaikan, dengan tempoh sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu diperlukan. SPRM akan memberikan kemas kini sebaik sahaja keputusan dibuat.

Terdahulu, Allahyarham Daim yang telah menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya sejak dua minggu lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 8.21 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Persiaran Bukit Tunku sebelum solat jenazah dijangka dilaksanakan selepas solat Asar di Masjid Wilayah, Jalan Duta, dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1.

Allahyarham Daim dilahirkan di Kedah pada 29 April 1938 dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 hingga 2004.

BACA: Pengarah urusan hotel Sg Golok mengeluh tempahan hotel menurun lepas kes 6 rakyat Malaysia ditahan