Tempahan bilik di Genting Hotel di sini mengalami penurunan mendalam sehingga 80 peratus s
elepas seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan bersama lima individu lain ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di hotel tersebut pada 1 November lalu.
Pengarah Urusan Genting Hotel, Sompoch Hongkittiyanonta, berkata sebelum insiden itu,
Tempahan untuk 230 bilik di hotelnya yang terdiri daripada tiga kategori bilik, hampir penuh terutamanya pada hujung minggu.
Namun, selepas tangkapan melibatkan enam individu rakyat Malaysia, tempahan bilik di hotel bertaraf tiga bintang ini merosot dengan hanya sekitar 15 hingga 20 bilik ditempah.
“Sebelum ini, hotel kami memang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, khususnya dari Kelantan yang datang bercuti di Sungai Golok. Tetapi selepas insiden penahanan enam individu itu, ramai yang menjadi takut untuk menginap di sini,” ujar Sompoch.
Menurutnya, pada hari biasa, hotel ini biasanya menerima tempahan sebanyak 50 hingga 60 bilik dari rakyat Malaysia, dan pada hujung minggu, hampir semua 9 tingkat hotel ini akan penuh dengan pengunjung. Namun kini, untuk mendapatkan 20 tempahan bilik pun menjadi sukar, dan semalam hanya tujuh bilik yang ditempah sepanjang hari.
Sompoch mengakui bahawa perniagaan Genting Hotel yang telah beroperasi selama 30 tahun sangat bergantung kepada pelanggan dari Malaysia. Beliau turut menyatakan bahawa kejadian penahanan enam individu berkenaan, yang disabitkan dengan kes dadah, memberi kesan yang besar terhadap reputasi dan operasi hotel.
“Kami memang melarang pelanggan melakukan sebarang jenayah semasa menginap di sini. Jika mereka berada dalam bilik, itu sudah di luar kawalan pihak kami. Jika kami tahu mereka membawa barang terlarang atau dadah, kami akan segera melaporkan kepada pihak polis,” katanya.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Kosmo!, seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan adalah antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di Genting Hotel pada 1 November.
Kesemua suspek, termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun, ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan hotel tersebut.
Menurut sumber, serbuan yang dilakukan pada pukul 5 pagi itu mendapati mereka sedang berehat di dalam bilik. Mereka memasuki Thailand untuk berhibur sempena cuti perayaan Deepavali.
BACA: Tak berdiam diri, Jofliam tampil perjelas dakwaan elak bayar cukai LHDN
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio