Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu melalui Perikatan Nasional (PN)
Mereka telah menyediakan mekanisme untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Kami akan membincangkannya dalam Majlis Tertinggi PN dan akan menilai mekanisme untuk menghadapi PRN di Sabah.
Sabah mempunyai keunikan tersendiri berbanding negeri lain,” katanya.
Menurut beliau, pemilihan calon juga akan dibincangkan kemudian kerana ketika ini, mereka perlu memberi tumpuan kepada dua perkara, iaitu rakan gabungan dan kerusi-kerusi yang pernah dimenangi oleh PN di Sabah.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Pas Johor yang dirasmikan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, di Kompleks Pas Batu Pahat di Rengit, malam tadi. Turut hadir, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.
Ketika ditanya sama ada PN akan bergerak secara sendiri dalam menghadapi PRN Sabah selepas tidak dipersetujui untuk bergabung dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tuan Ibrahim menjelaskan perkara tersebut belum diputuskan dan akan dibincangkan pada masa akan datang.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Pas buat masa ini tidak tersenarai dalam proses rundingan yang akan dijalankan oleh parti komponen PN itu.
Pada masa ini, Pas mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, iaitu Aliakbar, yang dilantik ketika PN masih sebahagian daripada kerajaan negeri selepas PRN ke-16 pada September 2020.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memberitahu gerak kerja untuk menghadapi pilihan raya akan datang sedang disusun di seluruh negeri, termasuk Johor.
“Kami sedang menyusun gerak kerja dan melakukan pemantauan di semua negeri, bukan hanya di Johor, terutamanya bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang,” ujarnya.
Selain itu, beliau berkata Pas juga akan memperkukuhkan kawasan yang dimenangi oleh parti itu dan memberi fokus kepada sasaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dalam merangka strategi gerak kerja.
“Ini kerana pilihan raya yang paling hampir adalah di Melaka, dan selepas itu kemungkinan di Johor,” tambahnya.
BACA: Nampak remeh tapi ini punca handphone cepat rosak ada kaitan dengan kereta
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio