Realtime website trackingweb stats

Nak bihun nampak cantik, tak putus? Ikuti tip ni

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Bagi yang suka makan bihun mesti tahu bihun dan lembut ni makan masa lama, kalau terendam lama dalam air panas boleh jadi lembik.

Tambahan pula, bukan senang nak dapatkan tekstur bihun yang tak cepat putus dan nampak cantik sahaja atas pinggan.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Raniah dan Dayyan menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Cara senang nak rendam bihun

“Dapat tip ni dekat google sebab nak bihun yang dicelur tu cantik dan tak putus. Percubaan pertama berjaya, menjadi elok bihunnya.”

Nak bihun nampak cantik, tak putus? Ikuti tip ni

Cara-cara:

1. Rendam bihun dengan air paip selama 20 minit, lebih sikit tak ada masalah.

2. Kemudian masak air biar sehingga mendidih sebelum tutup api.

3. Masukkan bihun yang direndam tadi dalam masa lima minit dan toskan guna penapis.

4. Cuci bihunnya, buang air dan siap.

Ada juga warganet berkongsi tip mereka yang lebih mudah dan ambil masa hanya seminit untuk lembutkan bihun.

“Lagi satu cara tak perlu rendam, didihkan air dan masukkan bihun dalam masa seminit kemudian tutup api, tos sebelum dia betul-betul lembut. Masa tumis masukkan air tadi dalam kuali, bihun tak rasa kosong.

“Tip ni saya guna untuk laksa kering je. Kalau bihun tak rendam dan terus didihkan air baru letak bihun tapi jangan lama sangat. Wajib bilas dengan air sejuk dan toskan,” antara komen netizen.

Baca juga: